Jangan Malukan Diri Sendiri! Alif Shukri Segan Isteri Kongsi Kisah Cinta

Siapa yang tidak kenal dengan usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Alif Shukri (DSAS). Baru baru ini, isteri kepada DSAS Datin Seri Nur Shahida mendedahkan kisah percintaannya bersama suami menerusi applikasi Instagram.

Semuanya bermula dari Aliff

Menurut Shahida, hubungan mereka bermula dari Aliff tetapi ia dinafikan oleh suaminya.

Walaubagaimanapun, penafian itu terbongkar selepas Shahida menjumpai foto mereka di dalam bilik Aliff ketika mereka masih berkawan.

“Lelaki ni bila dah kahwin suka tak mengaku dia yang suka kat kita. Semuanya kitalah yang mengorat dia.

“Ni bukti dia yang mengorat saya sebab saya nampak gambar ni dalam bilik dia waktu tu kita orang kawan-kawan je.

“Dah terbukti siapa yang mengorat siapa!! Jangan tak mengaku. Admire dalam diam nampak,” tulisnya.

Foto tersebut menarik perhatian Aliff untuk meninggalkan komen.

“Minta tolong delete jangan memalukan suami sendiri please please,” tulis Aliff.

Rata-rata pengikut pasangan ini berpendapat Aliff dan Shahida ditakdirkan bersama kerana mempunyai wajah muka yang hampir sama.

Malah terdapat peminat juga mendoakan kebahagiaan keluarga ini.

Aliff yang mengahwini Shahida pada Ogos 2007 telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 da Yusoff Al Qardawi, 1.

Pasangan ini juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Astro Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *