Hampa, Amy Search Tidak Dapat Tunai Haji Atas Masalah Teknikal, RM80000 Dibelanjakan

Kalau dah bukan rezeki…

Itulah kata kata yang tepat untuk dihadamkan oleh seorang penyanyi terkenal tanah air, Amy Search, apabila terpaksa menahan rasa sedih kerana tidak dapat menunaikan ibadah haji tahun ini kerana gagal mendapat visa pada Isnin (5 Ogos) lalu lapor Harian Metro hari ini.

Menurut laporan dari Harian Metro, Amy berkata, rezeki masih belum memihak untuknya menunaikan Rukun Islam kelima atas masalah teknikal.

“rezeki belum memihak untuknya menunaikan Rukun Islam kelima atas masalah teknikal”

Memetik laporan dari sumber, Amy menyatakan dia menerima jemputan untuk menunaikan haji melalui kuota sebuah universiti di Lembah Klang, dua minggu lalu.

“Sebenarnya, sudah lama saya memasang niat untuk menunaikan haji. Penantian ini berakhir sebaik sebuah universiti menawarkan jemputan untuk ke Tanah Suci.

“Saya membuat semua persiapan termasuk solat taubat, solat istikharah dan doa kesyukuran,”

Umrah Tiga Kali

Sebelum ini, Amy pernah menunaikan umrah sebanyak tiga kali. Asal perancangan beliau adalah dia sepatutnya membawa isteri, iaitu Norhasniza Hassan bagi menunaikan ibadah berkenaan.

“Kami sudah membayar RM80,000 kepada seorang lelaki yang menguruskan penerbangan dan visa. Pada Isnin lalu, kami menerima perkhabaran menyedihkan apabila visa gagal diterima.

“Masalah dihadapi adalah kami tidak dapat membuat pendaftaran secara atas talian biarpun beberapa kali mencuba,”

Menurutnya, dia menerima ujian itu dengan penuh sabar dan menganggap rezeki belum memihak untuk dirinya.

“Saya tidak akan berputus asa dan berdoa dapat menunaikan ibadah haji tahun hadapan. Saya juga membuat rayuan kepada pihak Tabung Haji supaya dapat ke sana bersama mereka,” katanya.

RM80000 dipulangkan semula

Katanya, dia bersyukur kerana wang RM80,000 dipulangkan semula oleh lelaki terbabit yang menguruskan urusannya itu.

Moga moga, akan ada peluang untuk abang Amy bawa Isteri menunaikan Ibadah Haji di masa akan datang. InsyaAllah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *