Susulan Kebenaran Rentas Negeri Lebih Seribu Hotel Langkawi Telah Ditempah Dalam Masa Sejam, Ini Pula Reaksi Netizen

“Akhirnya, dapat juga kita bergerak bebas rentas negeri”

Itulah antara luahan dari orang ramai yang ternyata gembira dengan apa yang diumumkan Perdana Menteri hari ini (7 Jun 2020).

Manakan tidak, ini kerana sejak PKP dilaksanakan dahulu, ramai antara kita yang tidak dapat balik ke kampung halaman. Ini termasuklah pada sambutan Hari Raya Aidilfitri baru baru ini.

Selain daripada itu, apa yang menarik perhatian ialah pusat perlancongan dalam negara juga akan turut dibuka.

Orang ramai tidak mengambil masa yang lama

Susulan daripada itu, orang ramai tidak mengambil masa yang lama untuk merancang tempat percutian mereka.

Hal ini kerana, tidak sampai satu jam hotel di sekitar Langkawi telah menerima lebih seribu tempahan.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Ekesekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir lapor sumber.

Kata beliau, ini adalah satu rekod yang tidak pernah ada sebelum ini.

Namun begitu, ujar beliau ada perkara yang perlu dijelaskan prosedurnya nanti. Antaranya ialah penggunaan fasiliti di tempat tempat percutian tersebut.

“Orang bercuti bawa anak, bawa keluarga, sudah tentu kita nak gunakan kolam renang tapi dalam pegumuman PM tadi tidak secara terperinci. Saya akan berjumpa dengan Menteri Pelancongan sendiri untuk mendapat garis panduan yang ditetapkan,” katanya.

Disambut baik orang ramai

Perkara ini jelas disambut baik oleh orang ramai. Kata seorang netizen di hantaran facebooknya, dia berkata

“Ramai yang akan manfaatkan peluang yang sudah lama terbatas ni dengan pergi melancong.

Bagi yang berduitlah. Hiburkan anak-anak dan keluarga. Bagi yang ada duit lebih selepas menggembirakan keluarga, jangan dilupa saudara mara dan jiran tetangga yang mungkin masih belum stabil kewangan mereka.”

Satu sisi lagi, hotel akan boleh beroperasi dan kembali mengaut keuntungan. Harapnya semua pekerja yang dibuang sebelum ini terbela nasib mereka dan boleh kembali bekerja.”

Semoga semua urusan kita dipermudahkan” kata lelaki ini yang dikenali sebagai Pok Dan Sharani.

Reaksi dari warganet yang lain.

Bagus industri pelancongan tempatan dapat berkembang kembali. Tapi harap yang pergi bercuti tu jagalah kebersihan diri, keluarga.. Semoga terlindung dari wabakk. Amin

“Menggelabah betul. chil2 la dulu. bagi sebulan dua dulu reda. ni terus serbu macam kambing terlepas kandang”

“Diharapkan pengusaha pengusaha hotel mengambil langkah SOP tambahan. Perlu san1tize bilik dalam tempoh 24 jam selepas penghuni pertama check out sebelum penghuni seterusnya check in.”

Walaupun telah diberi kelongg4ran, orang ramai perlu mematuhi segala prosedur yang ditetapkan ketika bercuti kelak.

Apa pula pendapat anda? Jangan lupa klik like dan share serta follow page bagi lebih cerita menarik viral dan semasa di hujung jari anda semua ye.

Sumber Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *