“Kami berpura pura kaya, Waktu tetamu datang rumah cuma ada seekor ikan” – Lelaki Ini Luah Rintangan Sewaktu Awal Perkhwinan Di Usia Muda

Bukan mudah untuk melayari kehidupan alam rumah tangga. Tambahan pula, di usia yang masih muda.

Pernah kita dengar kisah sebelum ini rintangan dan cabaran yang dihadapi mereka yang menamatkan zaman bujang di usia muda.

Itulah yang dikongsikan oleh lekaki ini di facebook. Dikenali sebagai Mohammad Nazri Haris, dia menceritakan keadaan dia dan isteri sewaktu awal perkahwinan.

Diceritakan keadaan dia yang waktu itu tiada pekerjaan tetap. Namun, berpegang pada prinsip. Iaitu tidak akan mengeluh dan memyesal.

Pernah suatu ketika, ada sahabat yang datang bertandang ke rumah mereka. Waktu itu cuma ada seekor ikan siakap. Dia dan isteri berpura pura tampak kaya.

Ikuti perkongsian penuh di bawah.

Kami Berpura Pura Kaya

Aku dan isteri kahwin pada usia yang muda, kira-kira umur kami 22 tahun.

Dengan takde kerja tetap, hidup kadang berpindah-tumpang, sekejap di rumah ibu ayah aku, dan sekejap di rumah mertua.

Hidup menyewa selepas itu di pondok kecil satu bilik, yang tandasnya pula tumpang di rumah mak saudara yang berjiran.

Aku pegang pada satu perkara, kerana aku degil untuk kahwin di usia muda, aku takkan mengeluh dan takkan sesekali menyesal, walaupun banyak kali tersandau kat dinding jugaklah..hahaha..

Kalau keluarga, mak ayah, termasuk mertua aku minta sesuatu, sama ada beli barang ayam ka ikan ka, atau fast food kepci ka mekdi ka ikan bakar ka, aku wajibkan diri aku untuk kata ‘YA’.

Pertama, aku taknak menampakkan aku ini takde duit, supaya family aku tak payah risaukan aku. Keduanya, masa kecil mereka tak pernah tolak hajat aku, jadi apalah sangat aku tunaikan hajat mereka, walaupun bila sampai rumah, aku pandang isteri, isteri aku tenung aku balik sambil gelak sebab duit dah takde..kahkah..

Pernah sekali kenalan datang beraya di pondok kami. Oleh kerana malamnya hujan, air dari tanah naik di atas simen. Kenalan kami yang duduk bersila atas lantai habis basah kain bajunya. Aduhh, malu gila aku waktu tue.

Bila kami dapat rezeki untuk tinggal di rumah taman, syukur sungguh kami pada Allah Ar Rozzaq walaupun kewangan kami tidaklah berapa cantik lagi ketika itu.

Oleh sebab ada sahabat kami yang nak datang ziarah kami, kami usaha terbaik untuk sambut tetamu waktu tue.

Menu kitorang ialah Nasi Lemak dan Siakap 3 Rasa. Bajet tak cukup jadi ikan siakap beli seekor aje, khas untuk tetamu.

Waktu sahabat kami tue datang, kami jamukan ikan 3 rasa tue kat diorang. Aku dan isteri makan bersama nasi lemak aja.

Aku kalau makan nasi lemak, tak makan lauk lain

Berkali juga sahabat kami tue ajak makan sekali ikan tue, tapi aku dengan yakinnya tolak dengan ayat “Aku kalau makan nasi lemak, tak makan lauk lain beb..Kau makan aje..”

Walhal terliur tengok siakap 3 rasa tue…kahkahkah…

Itulah antara cerita kami “Berpura-pura kaya”. Kisah suka duka kahwin nie feeling lebih bila duduk berdua dengan isteri.

Makan atau tak, duit ada atau pokai, pecah tabung nak beli nasi dan macam-macam benda dibuat sebab nak survive sebelum fasa yang seterusnya.

Sungguh, Allah Maha Kaya, digantikan kesusahan juga dengan kesenangan.

Sumber Fb Mohammad Nazri Harris

“Power ah nazz, untong ko dapat bini camtu, sanggup susah senang. Aku tak tau lagi camne bini aku nanti, bayang bayang pun tak nampak, haha”

“Apabila kita berpegang pada tanggungjawab, walau apa rintangan akan ditempuh jua. Terbaek Mohammad Nazri Haris”

“Syukur Alhamdulillah awak berdua mmg ditakdirkan bersama suami isteri susah senang suka duka manis pahit berkongsi bersama. awak berdua pasangan yang sangat hebat”

Moga dipermudahkan urusan dan dilimpahkan rezeki buat keluarga ini.

Apa pula pendapat anda? Jangan lupa klik like dan share serta follow page bagi lebih cerita menarik viral dan semasa di hujung jari anda semua ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *