“Jarang Menghampakan…” Tindakan Pantas Dua Lelaki Ini Atas Jalan Raya Raih Pujian Warganet

Sebagai seorang pengguna jalan raya, pastinya kita mahukan satu perjalanan yang selamat dan dijauhkan dari perkara yang tidak diingini untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Ini termasuklah, jalan yang kita gunakan, terhindar dari sebarang objek yang boleh memb4hayakan penggunanya.

Seringkali kita diingatkan, jika terjumpa sesuatu objek yang mencurigakan di atas jalan haruslah segera laporkan kepada pihak berwajib untuk segera megalihkannya.

Namun begitu, baru baru ini tular satu video yang memaparkan tindakan proaktif dua orang penunggang motorsikal yang meraih perhatian warganet.

Dalam klip video terbabit, kelihatan seorang pemuda yang berhenti di persimpangan jalan sambil menunggu hijaunya lampu trafik langkas turun dari motorsikal untuk mengutip objek dipercayai paku yang bertabvran di atas jalan.

Selang beberapa saat, muncul pula seorang lagi lelaki yang mengenakan jaket penghantar makanan tiba di persimpangan jalan yang sama turut membantu lelaki tadi.

Berikut merupakan video asal berkenaan.

Tidak dapat dipastikan dimana dan siapakah pelakunya dua gerangan pemuda ini. Namun, apa yang pasti tindakan mereka berdua wajar diberikan pujian.

Rata rata warganet turut memuji tindakan pantas pemuda ini yang menyifatkan perbuatan mereka sangat besar manfaatnya keatas kselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Seorang pengguna, Mohd Khairu berkata

“Bagus anak muda..Sikap begini yang kita mahukan. Semoga beroleh kebaikan dunia akhirat” katanya.

Seorang lagi pengguna, Orkid pula berkata

“Siapa punya kerjala, Tahniah, moga Allah pmudahkan segala urusan sedara (setiap paku yang dikutip menyelamatkan ramai ny4wa)” katanya.

Disamping itu ada juga warganet menyifatkan adanya paku paku bertebaran disitu disebabkan perbuatan khi4nat.

“Cuba pihak berkaitan sias4t, siapa yang tidak brtanggungjawab tabur paku kat situ” katanya.

Setakat ini video terbabit telah mendapat lebih 2000 tanda suka dan ditonton lebih 70 ribu kali.

Berita sebegini buatkan kita untuk selalu beringat apabila berada di atas jalan raya. Satu pesanan dari Sabda Nabi.

“Aku telah melihat seseorang yang bersenang-senang di dalam syurga kerana dia telah membuang kayu yang berjuntai di jalan dan kayu tersebut mengganggu orang yang lalu.”

Apa pula kata anda? Kongsikan bersama kami.

Kredit Media Selangor olahan Editor bicaradaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *