“Ingatkan Datang Nak Saman, Rupanya…” Kasihnya Seorang Bapa Jarang Terungkap, Namun Sekali Terlihat Tersentuh Rasa Hati

Mutakhir ini, ramai yang hidupnya terkesan dek p4ndem1c. Ada yang terpaksa diberhentikan kerja. Ada pula yang pendapatannya terpaksa dikurangkan kerana kurangnya hari bekerja.

Bagi yang berkhidmat di barisan hadapan pula, masa dengan anak isteri itulah yang terpksa dik0rbankan. Manakan tidak, cuti tahunan dibekukan kerana bertugas semasa MCO. Lantas, masa untuk bersama anak isteri sudah berkurang.

Lebih syahdu jika hidup berjauhan dengan anak serta isteri. Tambahan pula, pada ketika ini pergerakan untuk merentas daerah mahupun negeri agak terbatas.

Inilah apa yang dikongsikan baru baru ini di sebuah laman sosial. Kisah prih4tinnya sifat seorang ayah. Pemilik akaun tersebut menyatakan bahawa segalanya bermula apabila ada sebuah kereta peronda polis berhenti hampir dengan gerai jualannya.

Dia yang merupakan seorang peniaga barang mainan pada mulanya agak terkejut melihat ada kereta polis berhenti berhampiran dengan gerai jualan permainannya itu.

Menurut apa yang dikongsikan lagi, terlintas di dalam hatinya yang dia menyangka anggota polis tersebut datang untuk memberikan s4man.

Namun, segala andaian itu menyeleset sama sekali.

Baca dibawah untuk ketahui apa sebenarnya yang terjadi.

Polis pun manusia macam kita.
Tengah tengah elok niaga petang tadi, datang 1 kereta peronda. Dua abang polis turun. Cuak habis. Ingat macam ada buat salah. Begitulah bila jumpa polis.

Perasaan salah tetap ada walau tak buat salah.
Aku tegur dulu. “Tuan, ok ker kami niaga sini”. Dia cakap ok. Jaga SOP. Waktu tu pun memang takdalah crowded. Buku log, thermo suhu, pita sop semua dah ready. So lega sikit dalam hati.

Sorang abg polis bukak telefon dia. Aku ingat nak amik gambar dan bagi surat sam4n. Rupanya dia video call anak dia. Nak beli mainan unicorn yang gerak gerak tu. Anak perempuan kecik lagi. Dua orang. Adik, nak 2 unicorn tapi nak warna asing asing.

Tak nak bagi anak berebut. Aku pun bagi unicorn warna purple dan pink. Nampak happy anak dia bila ayah siap video call nak bagi mainan. Dalam hati aku cakap, walau pun abang polis ni nampak g4rang siap misai bert4ring, tapi dengan anak bini lembut berhemah.

Tersentuh aku dengar anak dia menjer1t happy..
Sorang lagi datang mintak dron dengan lego. Sambil aku pasangkan dron, aku tanya untuk anak ker, dia cakap ya. Anak dok kelantan. Dia bertugas di sini. Dah 4 tahun. PJJ.

Sambil sambil pasang aku sembang dengan dia. Aku cakap takvt juga abang polis datang. Ingat nak s4man..hehe.
Dia cakap kalau tak salah kenapa nak sam4n. (haha aku dalam hati, kena aku).

Dia kata polis bukan suka suka nak s4man. Banyak juga budi bicara. Dalam bertugas, kena timbang antara penguatkvasaan dan budi bicara.

Ada yang bagi peringatan. Kalau deg1l jugak kenalah s4man.
Tengok abang abang polis ni, sayu juga hati. Dia cakap sibuk sibuk kerja pun, kena ingat jugak anak bini. Dah lama tak bawak isteri keluar makan dengan anak. Cuti pun dah lama beku sebab bertugas MCO.

Jadi alang alang lalu beli sikit mainan untuk anak. Tak banyak masa dengan family. Jadi ruang yang ada manfaatkan sebaik mungkin.

Semoga abang abang polis dan frontliner kita tabah bertugas untuk negara.

Jangan suka salahkan orang lain. Jangan kvtuk tapi bantu. Jangan keji tapi sama sama baiki. Kita orang awam sama sama bantu mereka hadapi semua ini dan kita boleh kembali hidup macam dulu.

Rindu tau suasana sebelum 2019.
Sekian monolog hari ni.

Menjengah di ruangan komen, rata rata warganet terharu dengan perkongsian yang dikongsikan. Menurut seorang netizen yang bernama Limie Harith, dia berkata sudah lumrah sifatnya seorang bapa, pasti akan ingat akan anak anak kemana saja dia pergi.

“Sudah nama ayah abah. Di mana pergi mesti ingat anak anak. Macam ayah kami. Setiap kali balik umah mesti ada buah tangan untuk kita. Walaupun coklat sebiji.

Sampai sekarang pun balik mana mana mesti ada untuk kami dan cucu walaupun kami dah tua. Rindunya mak dan abah” katanya.

Menurut Yana pula, dia berkata,

“Seg4rang mana pon lelaki tu, dia tetap akan lem4h lembut dengan anak bini dia yang dia sayang” katanya.

Kredit Harga Rapat Penang

Dalam susah kita, ada yang lagi susah.

Apa pula pendapat anda? Kongsikan bersama kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *