“Lihat Anak Pergi Dari Kejauhan” Video Seorang Ayah Berjalan Ke Jalan Lihat Anak Pergi Ikut Suami Undang Sebak Warganet

Saat disatukan menjadi sepasang suami isteri, saat itu adalah momen yang paling indah buat kedua teruna dan d4ra. Manakan tidak, setelah berjanji untuk hidup setia bersama, akhirnya saat itu muncul jua.

Namun, mungkin tidak semua kita sedar, saat itu mungkin saat yang menyedihkan buat seorang ayah. Seperti kita semua sedia maklum, sifatnya seorang ayah itu jarang utnuk menunjukkan kasih sayangnya. Namun, jauh di sudut hati pasti ada sekelumat rasa sed1h tersebut.

Itulah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini yang telah memuat naik beberapa video memaparkan kesed1han ayahnya saat melepaskan anak tersayang pergi untuk mengikut suami.

Wanita yang dikenali sebagai Sal ini memuat naik video di laman Tiktok miliknya, momen perpisahan kakaknya yang akan mengikut suami selepas berumah tangga.

Menerusi klip video tersebut, ternyata kakaknya adalah teman baik kepada ayah sejak 29 tahun hidup. Hal ini jelas terbukti apabila saat kakaknya bersalaman, kelihatan wajah ayahnya yang muram.

Namun begitu, ayahnya tetap gembira kerana anaknya sudah berumah tangga.

Dalam video tersebut juga, ayahnya sempat menitipkan pesanan buat sang suami supaya menjaga anaknya dengan baik dan mendoakan mereka berdua bahagia hingga ke surga.

Lebih terh4ru apabila saat kereta menantu telah bergerak berlalu pergi, ayahnya turun ke jalan untuk memandang dari kejauhan sebelum kelihatan mengelap air mata dengan tuala di bahu.

Video video yang dimuat naik Sal turut membuatkan warganet berasa sebakk. Ramai antara mereka yang meninggalkan komen berasa hiba apabila mengenangkan ayah mereka.

Boleh klik di sini untuk tonton video.

Antara komen warganet.

“Air mata seorang ayah ini Mahal”

Menurut Shida pula, dia berkata

“Selalu terfikir jadi macam ni nanti. Sedih, sayu..Sebab ayah, senyap senyap dia, dia yang paling ambil berat pasal anak perempuan dia” katanya.

Ada juga yang turut berkongsi kisah yang hampir sama apabila tiba saat mengikut suami. Sepanjang perjalanan itu dia mnangis.

“Saya pernah merasa. Bila dah kahwin kena ikut suami. Dari Klang sampai ke Pahang. Sepanjang perjalanan mnangis” katanya yang dikenali sebagai Bunga April.

Itulah kasihnya seorang ayah. Senyap senyap dia, dialah yang terpaling nak tahu macam mana keadaan anak dia. Sekali tunjuk rasa sayang, terus sayu rasa hati.

Apa pula kata anda? Kongsikan bersama kami.

Kredit TikTok Kosmetik Salsal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *