Jumpa Dompet Dengan Duit Berkepuk, Apa Yang Gadis Ini Buat Selepas Itu Wajar Diberi Pujian

Siapa yang tidak keruan kalau kehilangan dompet. Sudahlah dalamnya penuh dengan uang dan kad kad yang penting. Tambahan pula jika dompet tersebut punyai nilai sentim3ntal tersendiri.

Pastinya tidak cukup ak4l untuk cari dimana letaknya dompet tersebut. Puas ‘recall’ kembali dimana kali terakhir diletakkan benda alah tu. Bermain di fikiran, kalau orang lain jumpa mesti habis semua nota duit di dalamnya.

Tapi bagi seorang lelaki ini, dia bernasib baik. Hal ini kerana dompet dia yang hilang telah dijumpai oleh seorang insan yang jujur. Sesuatu yang jarang jarang kita jumpa dalam alaf moden ini.

Pengalaman yang dikongsi oleh lelaki ini yang dikenali sebagai Traj TJ telah mendapat perhatian dari warganet. Kongsi Traj TJ, dia pada awalnya menyedari dompetnya hilang pada 3 Oktober yang lalu.

Nilai Tersendiri

Namun, dia berkongsi bukan duit mahupun kad yang diris4ukan. Akan tetapi dompet itu sendiri ada nilai sentim3ntal yang tinggi.

Tambah Traj lagi, beberapa hari lalu dia ada menerima satu bungkusan yang dihantar ke rumahnya. Disebabkan kekangan masa, dia hanya berkesempatan untuk membuka bungkusan tersebut dua hari kemudian.

Saat dia membuka bungkusan tersebut, dia terkjut yang didalamnya adalah dompet dia yang hilang!

Lebih mengujakan apabila segala isi di dalamnya masih sama seperti sebelum hilang. Rupa rupanya dompet dia telah dijumpai oleh seorang gadis yang bernama Salina Sidik.

Menurut Traj, gadis tersebut bukan sahaja menggunakan duitnya sendiri untuk men4nggung kos penghantaran bungkusan itu, malah dia turut kepilkan sekeping nota untuk pastikan dia menerima bungkusan itu.

“Hello Encik, Saya jumpa encik punya wallet di petronas Batu Caves. Call saya jika wallet sudah sampai”

Itulah kata kata yang dinukilkan gadis berkenaan dalam nota tersebut.

Menerusi gambar yang dikongsikan En Traj, gadis ini ternyata bijak dengan mengatakan barang di dalam bungkusan itu adalah produk makanan kesihtan.

Menerusi perkongsian dari En Traj lagi, dia sendiri telah berjumpa dengan gadis bernama Salina itu bagi menyampaikan rasa terima kasih dia atas kejujuran dan kebaikan yang ditunjukkan.

Berikut merupakan kata kata dari warganet yang gembira melihat kepada kebaikan yang ditunjukkan oleh kedua insan ini.

“Lega sebab masih ada insan yang jujur di negara ini saat macam macam yang berlaku dalam negara”

“Ini lah rakyat Malaysia, Tak kira bngsa and ag4ma, Tetap jaga sesama sendiri…”

“Susah nak cari yang jujur, gadis ini buktikan sebaliknya”

Begitulah indahnya kalau dalam hidup ini sentiasa ambil berat antara satu sama lain. Pasti hal hal sebegini yang akan akan hadap selalu.

Sudah baca? Jangan lupa kongsi. Apa pula komen korang?

Kredit Traj TJ

p/S: Video pertemuan En Traj dengan Cik Salina di atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *